Bersalin Caesaran

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan Part 1

“Dik, awak kena operate petang ni”

Masih terngiang-ngiang lagi ayat yang buat aku gerun. Rasanya semua wanita jadi gerun bila tiba proses bersalin, tak kiralah sama ada bersalin normal mahupun melalui pembedahan.

Aku dengar ja apa doktor tu cakap tapi fikiran ku melayang- layang nun jauh memikirkan nasib terpaksa bersalin tanpa suami di sisi.

Aku angguk tanda faham tapi hatiku masih tak boleh terima kena bedah awal seminggu dari tarikh di tetapkan.

Puas kupujuk doktor supaya tunggu suamiku pulang dulu.

Tapi masih tak berganjak, sampai hati tuan doktor.

Pulang dari hospital aku menangis sepuas-puasnya, ku biarkan anak-anakku yang lain bergembira di luar

Sambil kemas sambil menangis, dah salah pack barang. Semua baju kau rembat tak muat beg doh😅

Aku sengaja tak check in petang tu, bagi masa untuk aku bertenang.

Terima kasih tuan doktor sebab memahami dan sangat baik akhlaknya, di layannya aku dengan baik walaupun aku terlewat check in.

Setibanya di hospital aku kena daftarkan dulu nama kat kaunter.

Waktu tu dah pukul 9 malam, suasana takda la sunyi sangat masih ada ramai orang lagi.

Pegawai bertugas tanya datang dengan siapa?

Dah rasa nak banjir pula bila dia tanya macam tu, tau tak aku datang seorang diri ni. Rasa pilu hati terpaksa heret semua beg dengan emosi masih berbelah bagi nak kena bedah.

Tapi kutahan semua itu, kujawab dengan baik.

“Saya datang seorang diri, suami saya balik Malaysia minggu depan”

Alhamdulillah aku dapat check in wad kelas pertama secara percuma, proses nak daftar pun mudah.

Macam biasa kena masuk bilik PAC dulu baru boleh duduk dekat wad.

Akulah orang pertama dalam wad, selepas setengah jam barulah ada teman pula yang check in kat sebelah.

Kes dia sebab contraction kerap tapi masih belum sampai 36 weeks lagi, tak silap aku dalam 30 weeks. Bahaya kalau contraction kerap takut lahir bayi pra matang.

Malam tu aku memang tak boleh tidur, mana nak boleh tidur kejap datang nurse kejap datang doktor nak check ctg kat perut, nak check darah dan tak lupa dah suruh puasa pukul 11 malam sebab pagi esok kena masuk bilik bedah dah.

Sebelum puasa tu aku dah minum ESP siap-siap, sebab aku taknaklah lapar memanjang. ESP memang boleh beri tenaga berpanjangan dan yang pasti aku tak cepat letih dan lesu.

Bayangkanlah kena puasa bermula pukul 11 malam sehingga pukul 12 tengah hari keesokkan harinya. Dah tentu badan rasa penat mana nak bagi nutrisi untuk anak dalam perut lagi.

sambung nanti ya

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *